Isnin, 28 Oktober 2013

persoalannya, dia tu siapa?

rezeki boleh datang, boleh juga pergi,
dan datangnya pula dalam pelbagai bentuk.

boleh jadi dalam selit sukar,
boleh jadi dalam celah terang,
juga boleh jadi dalam satu titik cahaya dalam gelap pekat likat.

aku ulang lagi,

rezeki boleh pergi, boleh juga datang,
dan datangnya pula dalam pelbagai cara.

boleh jadi sedang kau gelisah,
boleh jadi sedang kau gembira,
juga boleh jadi sedang kau sesak resah terpecah amarah.

"tapi rezeki ni sebenarnya tak berbau," marahku ke dia tadi.

1 ulasan:

AdinataGus berkata...

rezeki daripada banyak sudut tak terduga.