Rabu, 28 Ogos 2013

separuh masa pertama atau off season

Akan ada satu tahap dimana dasar percaya kita akan diduga dengan kenyataan yang menggoyahkan raga. Contohnya:

Mungkin dia tak sesempurna yang dijangka,
dan kita pasti akan ada kata kedua bilamana,
yang telah dilakukannya itu sukar diterima.
juga sekaligus, barangkali melampau batas untuk mendapatkan haknya untuk kembali punya asmara.

tapi tak salah mencuba.

Lagikan pula andaikata,
perilakunya itu juga adalah kita dulu dan kita pernah begitu,
apa waktu itu kita akan punya tanda tanya,
samada dia bisa terima seadanya atau tidak, semampunya atau tidak, atau sedayanya atau tidak?

dia mungkin berjaya, sedang atau bakal mencuba. itu terpulang pada dia.

tapi kita, persoalannya merujuk pada kita sekarang ini.
apa kita tekad juga untuk berbuat sebegini?

membiarkan saja dia lalu hilang tanpa jejak,
mengabaikan saja dia dengan rasa gelisahnya,
mencetuskan dia dengan rasa resah 'gak mampu berpaling tadah.
rencah resah yang penuh melitup sampai lemas dengan rasa bersalah bak air bah.

cuma dek kerana kita tak bisa memaafkan, tak bisa melupakan, atau sekurang-kurangnya mencuba untuk menerima dia seadanya.

kaji diri kita.
mungkin baiknya kita; dia bangga.
mungkin buruknya kita; dia telan mengharap kita berubah sedaya upaya.

kalau tidak juga. anggap sajalah hati kita berehat untuk separuh masa pertama.

atau tutup musim kali ini dengan segala hormatnya.

1 ulasan:

AdinataGus berkata...

kalau aku pilih untuk rehat di first half,dan fikir strategi semula.