Selasa, 13 Oktober 2009

aku, buta & terus terang yang mungkin sama

situasi malam berasapkan dondang perasaan,
bersimfoni,
bermelodi,
berorkestra,
bersama sedikit jiwa seni..
yang aku strummingkan bersama diam diri..

sajarah semalaya beristilah hiburan,
di perbualan meja petak itu,

mungkin bosan,
mungkin karut,
tapi aku suka,

sbb aku tahu aku suka akan itu,

setentang itu aku pilih,
sebab aku mahu lihat bukan dari tepi,
bukan dari kanan bukan dari kiri,
tapi aku mahu lihat kau lihat aku,

kau, aku dan sekeliling,
mahu saja aku ambil sekeping kertas,
carik sedikit hujungnya,
cukup-cukup untuk aku tulis lagi sekali,
"kau sangat chantek malam ini"
:)

Tiada ulasan: