Rabu, 17 Disember 2014

Kawan syaitan

Sudah lama tak jejak jemariku disini. Rindu pula rasanya. Melihat telatah ibu jari kanan dan kiri sibuk memicit qwerty yang sepertinya lancar bak air terjun mengalir dari atas bukit. Air terjun yang sudah lama aku tinggalkan.

Demi untuk mengecap apa itu nikmat memiliki wang sendiri.

Kini, aku sudah tak lagi bergantung harap pada belas sekeliling. Cuma, kadang-kadang mungkin tersepit, biasalah terkadang lalai juga. Hilang konsentrasi pada rancangan yang sebetulnya perlu difokuskan lagi. Biar telus sampai kemandirian diri terjamin.

Bukan mengharap bakalan ada yang datang menghulur tangan saat kau tergelincir dalam telaga buta. Untung ada yang perasan, kalau tiada?

Alamatnya, kau lemas tak beroksigen, kau senyum tak berbibir, kau menangis tak bermata, kau tercekik tanpa berleher atau kau terberak tanpa bontot.

Pendek kata, kau mati akal langsung kau mati jiwa.

Berkenaan Cinta? Entah. Terkadang aku juga keliru pada apa yang aku mahu. Ada yang mampir, aku tak hargai. Ada yang pergi, aku cuba kejari. Ada yang aku tak pernah terfikir pun wujud, tapi datang menghampiri. Apa lagi yang manis, cantik bak puteri, aku layan tapi bila aku bosan, aku lepaskan.

Ramai kata, mungkin aku belum lagi berjumpa si pari pari idaman selama ini. Ada yang kata, sebenarnya aku sudah bosan mencintai dan dicintai jadi mereka kata, "lu cari saja bini, lu cinta dia lepas jelas dia kau nikahi".

Tapi entah, aku belum bersedia sebenarnya untuk punya tanggungjawap untuk memiliki permaisuri yang bakal tetap menjaga aku, insyaALLAH sampai mati.

Haih, cemburu juga sebenarnya bilamana aku lihat sekeliling aku galak bercumbu rayu, pandang dua pasang mata dengan hati tenang, berpimpin tangan seolah masing-masing sudah halal berjimak, atau lagi seronoknya saat memerlu, sepasang yang satu lagi mampir hadir menenangkan gelisah, menggembirakan yang resah.

Argh. Persetankan. Aku memang belum bersedia sebenarnya.

Jadi, kenapa mengeluh haramjadah?

Mampus aku lah, jawapku ego.

Jadi, mengapa ego?

Sukahati aku lah haramjadah, egoku lagi.

Kau kena pasti, bahalol

Pasti apa? Aku mula innocent

Pastikan fokus kau telus. Pastikan apa yang mahu. Pastikan objektif kau. Pastikan modus operandi kau betul betul ikut prosedur. Pastikan kesimpulannya nanti andai tak tepat, hampir tepat pun jadi lah.

Jadi? Kau maksudkan, aku perlukan rancangan?

Ya. Rancang. Berhenti ikut nafsu.

Sebab nafsu itu senang- senang dikawal syaitan.

2 ulasan:

theredskeeper berkata...

Barangkali aku golongan yang tak pernah terfikir pun wujud

Tanpa Nama berkata...

Aku doakan yang terbaik untuk kau, Boja. Moga kau temui pari-pari impian dan berjaya dalam mencari erti kehidupan.

Mohon rajin tulis lagi kerana aku akan terus lawat laman kau ini bila aku perlukan inspirasi :)