Isnin, 23 Mac 2015

Cita-cita

Kembaraku mengukur tanah ke nusantara kalbumu,

Memercik peluh berkeringat lelah,
Automatis terseka tanpa pantas menyerah.

Waima panasnya membahang,
Pori-pori, ubun-ubun yang terbakar aku selimutkan dengan perca bercorak harapan.

Pasirmu yang membahang, menghangus amarah bersulam lingua gelisah - aku redah

Terbakarkah?
Hanguskah?
Berkematukah?

Langkah masih mendominankan angan,
Yang fotonya andai dibingkai,
Sudut tengahnya anak mata kirimu,
Bersimetri dengan aku yang bermata buta menterjemah,

Jelasnya cinta yang khas tapi diendah,
Khusus tanpa perlu ditelagah.

Tapi, apa perjalanannya harus sesukar ini, cita-cita?

Tiada ulasan: