Kadang-kadang kita rasa kita mencari sesuatu.
Harta?
Diri kita?
Atau cinta?
Kadang-kadang kita marah betul,
Sampai menyumpah hakikat,
Sedangkan yang perlu kita buat cumalah beringat.
Bahawa, ada sesuatu yang tertetap-tulis oleh Dia.
Khas untuk kita. Juga mereka-mereka.
Dimana lukisannya terhampar kemas atas Arasy.
Yang dalam lukisan-Nya tadi, ada.
Watak aku.
Watak ibuku.
Watak ayahku.
Watak adik-beradikku.
Juga watak kau.
Berkarakter cantik dan seindah anjelik.
Tapi?
Sekarang ini kau berada dimana ya?
2 ulasan:
hubungi aku segera. sloeko loe
Barangkali aku golongan yang tak pernah terfikir pun wujud
Catat Ulasan