Khamis, 10 Julai 2014

Malu bertanya, sesat lah kan?

Setiap hari sedut-hembusnya kita belum tentu kita tahu sebabnya untuk apa.

Dan,
Aku juga sama.

Setiap detik fikir-fokus-laku kita belum tentu kita pasti sedar apa betul kiblat inspirasinya pada mata kompas yang benar bermakna.

Dan,
Aku juga sama.

Sampai ke sudah sebenarnya aku tak tahu lagi untuk apa, untuk siapa, kenapa dan mengapa harus aku lakukan apa yang sedang aku lakukan kelmarin dulu, semalam, sekarang, sebentar lagi, esok atau di masa depannya.

Jadi, sementelahan itu satu saja yang aku benar-benar sedar setakat ini.

Waima, andai aku tak tahu untuk siapa, kenapa dan mengapa harus aku lakukan apa yang sedang aku lakukan kelmarin dulu, semalam, sekarang, sebentar lagi, esok atau di masa depannya, makanya?

Aku tak akan tahu langkah-caranya, BAGAIMANA.

Sesat. Lah. Kan?

Tiada ulasan: