Rabu, 8 Januari 2014

Run Boja Run!

Pernah juga terkadang aku mahu berhenti saja menulis, atau lebih teruk lagi berhenti berfikir mahu menulis apa.

Atas banyak musabab, antaranya:

Aku gak punya masa. Terkongkong dek alasan kerja.

Aku gak punya idea. Terbantut dek kurang membaca.

Aku gak punya yakin. Terhalang dek kekangan hasutan antara dua diri dalam kerangka jiwa yang sama.

Tapi, hasilnya tertitip juga karya ini kali.

Harus kalian tahu, detik taipan ini terzahir sebenarnya aku dalam bilik termenung. Ya, kalian pasti tahu dimana. Tak perlu rasanya aku terangkan lebih terperinci.

Cuma apa yang mahu aku kata, curi masa selagi bisa. Curi kesempatan selagi ada. Kejar peluang selagi ada wujudnya.

"Kerna kita cuma buang masa saja berkata tak, tak nak, tak mampu atau tak punya masa untuk semua segala. Selagi masih muda, kata saja ya pada apa saja tapi beringat, ada batasnya".

Cherish all. Fulfill desire. Strive oppurtunities. Run Boja run!

Grown-up-working-class-hero. 

"Aku disini sebab aku kata ya semenjak dua menjak ni, rezeki juga tak berbau sebenarnya", kataku dalam hati.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kau tak mahu buat buku ke? Buku hasil puisi kau?

Tun Boja Bistara berkata...

kau mahu jadi penerbitnya?

art, berkata...

please don't.. run tun run.. keep writing ;))