Khamis, 19 September 2013

punya-punyaku

aku mahu berbual perihal yang indah, contohnya cinta,
tapi aku tak mampu.
sebab rasanya,

punyaku, tidak ada,
punyaku, tidak mungkin,
punyaku, layakkah?
atau punyaku, usah bermimpi boja!

dan aku mahu berbual perihal yang gundah, contohnya gelora,
tapi aku tak mampu,
sebab rasanya,

punyaku, seluruh,
punyaku, segala,
punyaku, berhentikah?
atau punyaku, usah bermimpi boja!

juga, aku benar-benar mahu berbual perihal keduanya, yakni cinta campur gundah,
apa aku mampu?
apa punya sebab lagi?
untuk aku bualkan lagi tentang punya-punyaku?
atau perlu aku biar saja, biar Dia laksanakan segala selaras dengan qada' dan qadarNya.

sambil-sambil aku hidup dengan penuh redha. mengharap rahmat juga ampunan dari mereka semua. juga dari Kau, Ya Rabbi.

"Rabbi, kalbuku legam dek simbahan cat dosa-dosa silam yang aku conteng sendiri, dengan kerendahan hati juga hinanya diri, hamba-Mu  memohon ampunan yang terpaling"

Tiada ulasan: