Khamis, 13 Jun 2013

perlu

tak banyak yang aku minta,

contohnya,
dalam kau terhimpit di tengah kerumunan,
kau tercari-cari aku untuk kau mohon, begini,
"pimpinkan tanganku sayang, aku bingar dengan gaduh-gaduh ramaian"

atau contohnya,
kau bosan pada ruwetnya gelora dunia,
kau tercari-cari hiburan dan kau belikan aku gitar, dan berkata,
"karyakan satu lagu khas untukku, senyumkan aku dengan lirikmu, dan buaikan aku dengan melodimu, kerna cuma suara kamu yang bisa redakan resah yang merencah jiwaku yang lara sentiasa."

tak banyak yang aku minta, sayang,
cuma ekspresikan. bahawasanya, "kau perlu aku sentiasa."