Ahad, 16 Jun 2013

selamat hari kau.

adapun wujud dia si malaikat yang terjelma sebagai manusia.

kasihnya tak bersempadan,
sayangnya bergemintar terang,
cintanya terlebih garapan lukisannya dari bingkaian gambar yang berpanorama indah.

mungkin,
bagimu terkadang dia bisu,
bagimu terkadang dia pekak,
bagimu terkadang dia buta,
tapi tanpa kau sedari, tika malam menjelma saja, dia datang ke kamarmu, mengusap lembut rambutmu, mengucup dahimu dengan kasihsayangcinta semegah semesta.

sengaja dia begitu,
kerna nalurinya dia sedar kau perlu kadang-kadang bertapak membina istanamu sendiri,
dan memerintah kerajaanmu sendiri.

dan bagi dia,
dia cuma mahu jadi penasihatnya.
hadirnya sebentar tapi berimpak besar.

dia adalah si malaikat yang terjelma berupa manusia bergelar, cuma dia.

tak terbanding lagi, sememangnya takhta panggilan itu cuma untuk dia, kan?

jadi, selamat hari kau, bapa.

Tiada ulasan: