detik taipan yang ini terzahir,
sebenarnya,
nostalgia tentang kita sedang tertitip bagai sawang lelabah, berserabut.
serabutnya menyimpang siurkan minda aku yang sedia-ada lelah,
lelah dek distraksi juadah dunia yang aku dan kau sedia-tahu cuma temporeri.
datangnya berserta figura-figuramu,
tapi,
tak tersusun susur-masanya,
datangnya tak berperenggan,
dan,
tak berkerangka waktu, pampangnya.
dan datangnya berpakej,
dengan,
ingat-pasti ku pada bauan parfummu yang semerbak.
datangnya gedebuk!
dihempasnya pap!
tapi aku masih tetap tonton,
sebab aku mahu analisisintesis,
dimana ralatnya kita hingga termutakhir cinta kita kosong tak berarti apa-apa.
1 ulasan:
aduh power sangat...
Catat Ulasan