Selasa, 25 Jun 2013

antara mempunyai, memberi dan diberi.

Di sepertiga malam yang kelamnya berkabus, 
Ada satu suara bertanyakan padaku tentang sesuatu,

"Apa benar kau tahu apa maksudnya tentang perasaan?"

Sambil mencari asasnya suara itu, aku jawap,
begini.

"Aku tak pernah pasti tentang itu, dan kadang-kadang aku rasakan sebenarnya posisi aku belum layak untuk membicarakan segala yang berkaitan dengan hati"

Suara bertanya lagi,
"Jadi, apa yang kau rasa sebenarnya?"

Lalu, aku jawap begini,
"Aku bukan pangeran jiwa, mahupun arjuna rasa. Aku yakin aku tak layak untuk mempunyai perasaan

"Kerananya apa?", tanya suara.

Aku jawap lagi, begini, "Kerana aku tak layak memberi rindu, kerana aku tak layak diberi sayang, malah aku tak rasa aku layak mempunyai cinta itu sendiri"

Kemudian suara tadi menyatakan ini,
"Lewat dasar yakin kita direnggut, pasti berhasil sulit untuk bangun kembali, sebenarnya kau tersilap, cinta tersebenarnya yang kau butuhi bukan dari dunia, tapi dari Dia"

"Maksud kau?", tanyaku.

"Kau tak akan pernah bertepuk sebelah tangan sekiranya yang kau cinta itu adalah ILLAHI"

Suara hilang.

4 ulasan:

Unknown berkata...

style

AdinataGus berkata...

bagus buat aku terfikir.

Tanpa Nama berkata...

suara hilang.

Tanpa Nama berkata...

Buat kita melihat pada diri.. Mencari diri yg hilang..