Selasa, 28 Mei 2013

mahu

susun-aturkan saja karangkatamu,
perenggankan setiap satu aksaranya,
indahkan ayatnya dengan metafora yang cukup gembira.

atau,
kau selingkarkan setiap baitnya dengan istilah benci,

atau,
kau selitkan dengan hiperbola yang merencam hati,

atau juga,
kau putar-belitkan dengan kenyataan yang membunuh-terus-kejam hati si pembacanya nanti.

tak mengapa,
yang termahuku itu cuma, tertitip juga namaku di situ.

sekurang-kurangnya.

1 ulasan:

AdinataGus berkata...

nama kau pasti untuk yang gembira sahaja.