Jumaat, 1 Mac 2013

tiga purnama dan gerhana

setelah panji setia yang ini terpasak kemas,
aku mahu kau tahu,
seelok-elok dan seikhlas-ikhlasnya aku mahu kau tahu,
aku akan berpanglima lagi,
hingga ke titis darah hati yang terakhir.

walau,
sudah aku tahu,
kedamaian kubu kita sudah tiada relevannya lagi,

walau,
sudah aku jangka,
kesejahteraan dunia kita sudah tiada indahnya lagi,

walau sudah aku firasatkan,
kestabilan kerajaan kita sudah di hujung tanduk, menunggu rebah, menanti retak, kalah menunduk.

maka izinkan aku berjuang,
bertingkah hebat,
bersilat tangkas,
buat tiga purnama yang bakal menjelang.

tubuh, kulit dan jiwa yang tersiat ngeri,
adalah bukti untuk cintaku pada pertiwi yang tak berbelah bagi.

"duhai purnama, tolong jangan gerhana lagi, terangkanlah medan perang yang menggerunkan ini." - Tun Boja Bistara

1 ulasan:

AdinataGus berkata...

Bisa panglima menyelematkan queen nya?