walau hakikatnya segenap aku ini menjurus ke arah kamu,
dari segi diri, hati, sanubari waima perasaan,
sejujurnya semua segala-galanya bersatu lalu berpaksi, merujuk ke kamu cuma.
dadaku sesak,
sesak kerana aku merasa semua ini seorang.
nafasku tersekat,
tersekat kerana aku mengendong semua ini seorang.
apa perhitunganku silap?
atau apa semua ini sekadar kemungkinan?
kemungkinan bahawasanya, aku yang merasa seorang itu,
sesak dadanya sekadar buang masa.
kemungkinan bahawasanya, kendonganku yang keseorangan itu,
tersekat nafasnya itu sekadar melepas batuk di tangga.
tolong aku tuhan,
apa keputusanku untuk teruskan kembara tanpa pembimbing ini benar-benar betul.
walhal,
aku impikan dia sampai hujung waktu, perluku.
tapi hentian pertama ini benar-benar mematahkan sendi-sendiku.
sedang sendi 'kan patah inikan pula sayap-sayap.
1 ulasan:
:(
Catat Ulasan