Di suatu malam tertentu,
ketika burung-burung diulit lena,
dan pepohon rendang pula bernyanyi,
bahuku menjadi tempatmu bersandar.
dan ketika itu,
kau bergetar sejuk,
ikutkan hati, mahu saja aku goncangkan pohonnya,
agar turun dedaun kering jadi gebar untukmu.
Tapi aku tak mahu pohon berhenti bernyanyi,
mengalun melodi indah melenakan untuk kau seronok bermimpi,
maka aku biarkan kau terus bersandar di bahuku.
Aku gembira walau cuma begini. Jadi aku putuskan untuk sekadar memerhati kau berbahtera meredah samudera mimpi.
Juwita, maafkan aku kerna malam itu aku tak berdaya menghangatkanmu,
kerna aku takut kalau-kalau nanti kau terjaga,
kau akan sedar pada realitinya.
Realiti bahawasanya, bahu tempatmu bersandar itu semata hanya sebuah fantasi.
2 ulasan:
anda orang johor.
Power seh.Respect penulisan.
Catat Ulasan