Jumaat, 7 Disember 2012

Balapan

cenderung mendominan silap,
terdorong memvertikalkan khilaf,
hingga terabai kasih sayang cinta khas buat si empunya sayap.

sayap yang telah dan pasti siapsedia untuk diterbangkan,
tapi terpaksa disimpan kemas untuk masa depan,
kerna takut terbangnya tak bertuju, mendaratnya tak berlandasan.

landasan yang diharap-harap berupa balapan,
pusingannya sama hujung ke hujung,
awal dan akhirnya sama hujung ke hujung.

andai awalnya cinta,
akhirnya juga cinta,

andai awalnya bahagia,
akhirnya juga pasti bahagia,

tapi andai awalnya derita.
apa akhirnya perlu juga derita?

juwitaku,
landai tanah, tinggi gunung, luas laut, jauh jarak bukan penduganya.
yang menduga sebenarnya adalah kita.

tak siapa, cuma kita. dari awal hingga akhirnya.
sebab kita.

Tiada ulasan: