Khamis, 6 September 2012
ucapan tahniah aku junjung
dan apabila badai juga titian berduri selesai diharung,
itu tandanya merpati matlamat di hujung sudah kau kurung.
dan kini tanggungjawapmu cuma satu,
mengembaralah mencari si tangkas helang pekerjaan,
tangkap dan lantas dalam kurungan kau semayamkan.
tapi jangan dilupa, bukan itu penamatnya,
barangkali setelah selesai itu semua,
ada seribujuta lagi badai datang berpendekar.
jangan dirisau andaikata kau tersungkur dalam arena,
sering mencuba dan berdiri bangun itu sangat afdal hukumnya.
pesan aku sahabat,
penghujung itu bukanlah pengakhir,
dan pengakhir itu bukanlah penamat.
Demi tuhan maha ESA,
-tersungkur gagal itu juga adalah satu pencapaian-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Dear Tun Boja Bistara,
saya mau quote ayat anda yang ini :
"Demi tuhan maha ESA,
-tersungkur gagal itu juga adalah satu pencapaian-"
because its just so motivating. saya akan kreditkan kepada anda,of course.
Terima Kasih :)
Catat Ulasan