sejak dari kali pertama rasa ini bertunas,
sejak dari itu juga nafas yang berhembus ini,
terus berjelaga.
terkadang ada tikanya alunan akan melaju,
dan di setiap lajunya akan terselit debar.
debar juga getar.
debar bilamana saja aku telusuri setiap tutur yang kau hambur.
debar kerana tanpa kau sedar aku sudah catit satu persatu,
dan aku kaligrafikan dalam selembar helaian emas,
untukku jadikan halwa mataku sebelum mimpi malam-malamku.
sama kamu.
5 ulasan:
Indah~
:) terima kasih.
*senyum
tersebak tiba-tiba. mendalam.
*senyum*
Catat Ulasan