Aku pernah didatangkan murung, bingung juga risau. Juga aku pernah didatangkan gembira, canda juga tawa. Juga aku pernah didatangkan resah, gelisah dan juga gusar. Semuanya ini telah jadikan aku sebagai seorang manusia pendiam yang perahsia.
Kerana?
Aku sudah bosan mencanangkan gembiraku, sedangkan ada pihak yang cemburu juga dengki pada sekelumit bahagia yang tercurah.
Aku sudah bosan meraung meleleh airmata, sedangkan ada pihak yang berdansa gembira pada setiap titis-titis airmata yang tertumpah.
Aku sudah bosan bertindak ragu-ragu dan curiga, sedangkan ada pihak yang cuma pandang sebelah mata pada setiap kata dan tindakan hati-hati yang aku luah.
Demi, demi kesejahteraan dan keselamatan hidup kau sepanjang hari.
Jadi?
Aku jadi seorang pendiam yang perahsia.
Aku simpan setiap ucap yang seharusnya aku lafazkan.
Aku pendam setiap alasan yang seharusnya aku tegakkan.
Tapi usah risau,
Aku sudah selitkan dalam satu sampul, aku tuliskan sebuah nota berkenaan segala macam luahan yang aku rasakan perlu kau tahu dan perlu kau gubah demi ketulusan peribadi kau sebagai insan yang aku sayang dan cinta sepenuh hati, pemilik tulang rusuk kiriku.
Ya, perlu kau tahu. Di waktu aku menghembus nafas terakhirku nanti.
Yang benar,
Pendiam yang perahsia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan