setiap yang hidup punya angan-angan. tapi angan-angan itu kadang-kadang berbeza dari cita-cita. begitu juga aku.
sejak dari suatu hari yang entah, aku lupa bila tarikhnya, aku pasang angan-angan ini.
aku mahu berada seorang diri di tengah kota di luar negara, sebolehnya sesak dengan masyarakat yang berbeza dari MALAYSIA, dan aku disitu, memetik gitar dan nyanyi lagu yang aku tulis sendiri, karang sendiri, kompos sendiri dan aku susun sendiri.
aku tak kisah orang ramai singgah dengar atau tak, janji impian aku tercapai. dan hidup aku, aku sendiri yang tentukan. tanpa sempadan dan sistem.
dan ya, sebenarnya aku bencikan sistem.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan