Selasa, 6 Disember 2011

kalian bodoh, bezanya kalian bersantun, tapi cuma atas sebab profesionalisme.

seharian biasa kedengaran.

bahawasanya rakyat sudah bersilang-bahu-berebut-rebut,
dan terhimpit-himpit terkejar-kejar sesuap makan,
tapi proganda itu sudah tak terpedulikan,

apa lagi untuk dikerling, tak diendah dek terpaksa dibonekakan.

si kolar putih yang diharap-harapkan mengepalai sebuah komposisi kerajaan, tidak lagi berbasiskan keadilan, tapi sudah berakalkan sendiri-punya-kepentingan.

sekeliling pula? tegar selerakkan tudingan jari masing-masing,
dia salahkan mereka, dan mereka salahkan dia.

tapi apa mereka tahu?
bahawa wujudnya mereka adalah untuk membentuk sebuah keadilan untuk jelata?
bukannya merencana kebodohan si kedua atau si ketiga.

ini penjenayah bodoh namanya. cuma bezanya kadang-kadang mereka beradab.

satu barisan perlu berpakatan, begitu juga satu pakatan perlukan satu barisan. dan aku ulang sekali lagi. "satu barisan perlu berpakatan, begitu juga satu pakatan perlukan satu barisan."

(mungkin ramai tidak faham erti bangsa, sini patik rumuskan secara bangang. bangsa = kaum + kaum + kaum. begitu juga cinta = kasih + sayang + rindu, terapkan selalu maka anda akan CINTAKAN BANGSA) - Tun Boja Bistara

8 ulasan:

Nadia berkata...

hail Tun Boja!

Tun Boja Bistara berkata...

atau perlukah patik balas dengan senyum? begini? :)

Penjiwa Jalanan berkata...

dengan tisu yang diberkas senyum pun boleh hshhshs

Tun Boja Bistara berkata...

gelak bukan begitu P-J. begini. hahahahaha. okay saja gurau tengahari. :)

Unknown berkata...

ini terbaik antara ang terbaik. thumbs up tun!

Tun Boja Bistara berkata...

usah dilihat pada kecantikan. keindahan dan kebenaran dalaman itu sebenarnya yang perlu kita nikmati. :)

art, berkata...

i like it very da much ermi ;)ayuh kita bangkit! ayuh kita mara!

Tun Boja Bistara berkata...

terimakasih Cek Seni! ayuh! ayuh! ayuh! :)