Tahun : 2092 Masihi
Setiap yang bernyawa dan punya akal pasti tidak akan terlepas dari punya cita-cita. Begitu juga dengan Daeng Boja, putera sulung dua pari-pari anggun dari Negeri Mimpi, salah sebuah negeri tersohor dalam sebuah kerajaan yang diberi nama Kerajaan Pelangi. Menurut kajian ahli tanah, letaknya negeri ini sepurnama ke utara dari Kerajaan Cahaya.
Maka tersebutlah suatu harinya, Daeng Boja yang setelah sekian lama dibuai dengan manis-tamar kasih sayang dari kedua warisnya, Daeng Saswarya juga Seri Dahayu Dayita ingin keluar mengembara. Hemahannya mahu mencari sesuap pengalaman.
Arakian berangkatlah Daeng Boja bersama seorang hamba sahayanya, Lanjak dari Istana Pelangi 18 Warna, mencemar duli menuju ke suatu tempat baharu yang belum pernah diterokai oleh sesiapapun dari negerinya waima pemburu kijang juga pemburu kancil. Ada diperihalkan bahawasanya di daerah itu ada seekor NAGA memakan daging manusia.
setelah hampir beberapa puluh hari dan beberapa puluh malam bergelutan dengan hutan dan belantara, semak dan samun, padang nan luas, juga gurun gersang. Maka tibalah keduanya Daeng Boja juga Lanjak di suatu daerah yang menjadi tempat tujuan mereka berdua.
Daeng Boja yang keletihan melabuhkan punggungnya di salah satu pangkin di daerah itu. Pangkin yang agak sedikit tinggi itu menyebabkan kakinya tergantung seraya menampakkan ketidak-cukup-tinggian seorang putera raja dari Kerajaan Pelangi itu.
"Tapi pelik, kenapa daerah bernama GEBENG ini manusianya tiada dan rumah-rumahnya kosong? Memang hebat benar penangan NAGA PEMAKAN MANUSIA itu ya Lanjak?" kata si Daeng Boja.
Lanjak hanya mengangguk.
*salah satu durasi masa yang lain*
Tahun: 2042 Masihi
Carolina menjerit dari dapur, "Broja! Apa kau mahu kopimu pahit atau manis?". dan Broja membalas dari bilik, "Pasal kopi pun nak jerit ke!!!!!!!!!!!!!!!!!! Setengah manis setengah pahit, please!"
Balas Carolina balik, "Rasa mana ada bilangan! mana boleh setengah pahit setengah manis! Please be more spesifik darling!". "APA-APA JE LAH! TAK KESAH!"
Beberapa minit kemudian, Carolina masuk ke bilik Broja dan hulurkan kopi yang disiapkannya tadi. Kopi yang konon-kononnya sebuah benda yang subjektif tadi dihulurkan pada Broja. Broja sambut dengan kaki kanannya.
"Hey! sambut guna tangan! bukan kaki!" bengang Carolina. " Ni guna tangan lah ni!", balas Broja.
(Broja dilahirkan tanpa kaki, tapi dilahirkan dengan 4 tangan, dan 2 tangan seperti tangan biasa, dan 2 tangan abnormalnya tumbuh seperti kaki)
"Haih, radioaktif ni dah buat budak-budak zaman sekarang hilang adab!" sambil menggeleng Carolina sedikit sedih melihat keadaan anaknya.
*sebarang nama karakter dalam sinetron ini tiada kaitan pada yang hidup juga yang mati, renung-renungkan"
4 ulasan:
aku ulang baca sampai berejam. tapi tetap tak paham. mungkin aku bebal sangat. atau mungkin kau memang mengkagumkan.
aku pun bebal sebab tulis benda bebal macamni. haha. maaf kalau kau pun ikut gila macam gilanya aku. :D
kau punya imiginasi yg melampau...hah
mungkin sbb aku gila agaknya. kan?
Catat Ulasan