Rabu, 15 Jun 2011

KARYA DIOKSIDA!


terseninya sesuatu adalah atas dasar 3 basis iaitu;

1) wujud ideanya,

2) wujud hasilnya, juga

3) wujud jujurnya.


ini kisahnya,

ada diriwayatkan perihal sekumpulan anak muda di bawah nama NAFAS berkampung dan bermesyuarah atas sebab, timbulnya "IDEA" untuk merakyatkan seni. setelah dibincangkan, setelah berlaku pergaduhan mulut kecil-kecilan, setelah berlaku percakaran manja antara mereka, maka wujudlah satu GAMBARAN ARENA yang diberi nama "KARYA DIOKSIDA".

Di hari yang dimaksudkan, bertarikh 25JUN2011 dari jam 1petang ke 10malam. akan ada "several" jiwa-jiwa yang bakal membawa rentak dan irama masing-masing menerusi musik. datanglah kesana, dan ramaikan acara.

Malaysia Negara Ku akan jadi tempat arena kami dan mereka akan bekalkan juadah bernilai rm2 untuk santapan anda. MUSIK, SENI, JUADAH, cukup sifat untuk kepuasan kita berkumpul dan merakyatkan seni.

sebarang info lebih lanjut akan kami sebarkan kepada anda. nantikan kami, NAFAS- KARYA DIOKSIDA di sekitar anda.

peace!

adik tunboja!