di suatu sabtu yang tipikal. ada seorang laki-laki lesbian. sukakan nikotin dan kafein. gemarkan gadis pop. bangun sedikit awal dari kebiasaan. hasrat mahu keluar rumah dan memburu katanya, tapi tombaknya dan sumpitnya entahkan wujud, entahkan tidak.
dia suka ikat kemas rambutnya bertocang bila keluar dari rumah. tapi hari itu, Boja buat keputusan untuk lepaskan sahaja rambutnya biar terlerai. kelihatan menggerbang bak iklan syampu bila ditiup angin sepoi-sepoi. dengan berbekalkan beg galas yang dijahitnya sendiri dari jeans bundle yang dibelinya suatu hari yang lepas dari bundle pasar malam, dia mula mengorak langkah.
dia suka berimej begitu, sempoi, dan itu lah dia, satu-satunya waris lelaki hasil perkahwinan sepasang bidadari cantik dan abang kepada empat pari-pari anggun yang mengidam punya rambut gaya afro. agak lucu impian nya itu, tapi apakan daya, tuhan pasti ada sebab kenapa DIA karuniakan rambut menggerbang seperti sekarang.
-lagaknya seperti sangat pasti mahu kemana dan dimana arah-tujunya.
tapi.
sebetulnya, dia LANGSUNG tak tahu, apa sebenarnya objektif dia melangkah keluar melihat dunia nyata hari itu.
sambil menunggu monorel, dia nyalakan sebatang rokok dari koceknya. Boja memandang sekeliling, berfikir.
fikirannya jauh menerawang, entah ke dimensi mana, tapi itulah dia, sangat suka berfikir sampaikan perkara yang boleh dinyah-tinjakan seperti, kenapa dalam tandas orang tak letak "random email" padahal zaman sekarang sudah moden, kenapa perlu tulis "random number" yang selalu mengendong maksud "seks free untuk orang-orang sangap" atau "perlukan gay?". ini semua adalah contoh yang mungkin ada potensi kenapa Boja sering migrain.
monorel tiba tepat jam 9.34 pagi, "alamak, rokok tak habis lagi ni!" Boja gelisah tapi masih terus sedut dan hembus. sedut dan hembus. sedut dan hembus.
dari situlah timbulnya persoalan bagaimana Boja ada impian nak hisap rokok dalam monorail. Boja yang suka ikat kemas rambutnya bertocang bila keluar dari rumah. Boja yang hari itu buat keputusan untuk lepaskan sahaja rambutnya biar terlerai. dan Boja yang suka berfikir. dan Boja yang...
itulah Boja. satu-satunya waris lelaki hasil perkahwinan sepasang bidadari cantik dan abang kepada empat pari-pari anggun yang mengidam punya rambut gaya afro.
2 ulasan:
boja perlukan e-rokok sebagaimana dewasa ini saling menggunakan pelbagai kemudahan yang ada e di depan nya,random e-mail,kebiasaan nya e-nding dengan e-sex,tak percaya?yahoo chatroom boleh jadi titik mula pengembaraaan,syabas berjaya keluar dengan perasaan bebas,nikmatilah masterpiece yang bernama alam :)
hahahaha! kau ni macam-macam lah!
Catat Ulasan