mungkin mengarut.
mungkin.
bila marah aku diam,
tapi, ada sedikit senyum,
untuk jadi penyejuk amarah..
bila sedih aku diam,
tapi, ada sedikit senyum,
untuk "redeem"kan molekul-molekul sedih..
semua yang dah jadi, ekspresi tetap sama,
aku kata,
senyum,
mungkin..(mungkin sahaja)
semua yang berlalu mimik itu tetap sama,
aku kata,
senyuman,
mungkin..(mungkin sahaja)
sampai hari ini,
aku masih buta bermain ekspresi,
aku masih buta mengunggulkan istilah terus terang,
adakah perlu aku vertikalkan sifat batin agar sediagonal sifat zahir?
adakah perlu aku pusingkan arah tuju kompas dari utara ke selatan?
atau aku perlu tukarkan air itu jadi api?
perlu begini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan