Rabu, 12 Ogos 2009

sendi athmara!


|corakkan langit cleopatra|
mendongak bukan bongkak..
tunduk bukan menyembah..
berdiri bukan angkuh..
berduduk bukannya diam..
tapi itulah setiaku berdiri pada panji-panji maruah diri..

bertari pula bukan menunjuk..
menyukai bukan untuk mengagungkan..
mencintai?itulah firasat hati..
cinta alam, cinta flora, cinta galaksi..
tiada tafsiran tepat untuk hati berskala 10 dari 9..

tarian merong perasaan bersembah sujud pada tongkat langit,
statik pada satu ketika..
dinamik pula pada ketika lain..
gabungkan, maka terbitlah tarian cleopatra unik senyum..
bersenyum indah nian senyuman bidadari kayangan..

senyumku,
adalah senyumku padamu alam..
senyumku,
adalah senyumku padamu bulan..
tidak pada bintang!
bintang wujud azali berjuta..
senyuman pasif bersinonimkan tawa riang..

senyumlah pada galaksi!

2 ulasan:

atheena berkata...

wow..thats deep...

tank berkata...

haha... knal la.. tp sori bai.. aku da lamer x berblog...