Khamis, 6 Ogos 2009

diskriminasi


|si cangkuk di lorong senyap|

repititif songsang berkias memerli,
bersenandung birat-birat wangi,
arakian menyelinap menyelit lorong sempit,
bersolekan maskara hodoh..

sifat cela jijik tabik terbit langsung dari solekan tebal,

berpakaikan busana ketat susuk tubuh berair,
menampakan betis lulut memukau syaitan bertanduk,
tanpa segan tanpa silu tanpa malu..

hadir macam-macam susuk,

miskin lagaknya kaya,
hodoh lagaknya kacak,
tapi datangnya berobjektif sama,
melanggan si durjana!

lorong sempit terus beraurakan dosa,
berjirankan tikus,
bermatakan pancaindera nafsu,
bernadikan picagari,

berjantungkan daun hijau,

inilah kisah si lorong sempit,
kasihan motif didiskriminasikan..

Tiada ulasan: