aku ada perahu umbang-ambing,
langsung dayung ke tebing dermaga.
akal fikir mahu berlabuh,
tapi terkedu terserempak pari-pari,
-jiwa yang macam rimba, tiba-tiba jadi taman bunga-
tanda soal terbit dalam minda. lalu tercabul mulut berkata-kata,
"siapa gerangan si senyum pari-pari?"
kau menoleh, kau senyum, kau mengerling, dan aku? hemoglobin aku tiada guna sudah, macam tinja mungkin.
kau mahu tahu? fuh! macam anjelik!
sini patik kisahkan hikayatnya bagaimana.
*wujud dalam bentuk warna-warni, langsung bikin pelangi dalam hati, kerna kau persis bidadari, juga rama-rama senyum hati ini*
p/s-ilunis. yakni fakta abadi.
*tun boja bistara si pendayung sampan umbang-ambing*
(:
BalasPadam