violet,
aku gelisah,
sekeliling aku,
kiri-kanan aku,
perasaan, hati, dalam ini (jantung),
aku pejam mata,
aku takut,
aku tak mahu situasi ini bikin aku jauh,
aku tak mahu melankolik resah ini bermelodi untuk geserkan rasa aku,
aku tak mahu argentum gusar termendak dalam jiwa aku yang sememangnya lemah,
kemudian bikin arus hemoglobin aku tersekat,
lalu mati.
denai ini aku pilih,
sebab aku tahu, aku mampu melangkah,
biar sejuta anak tangga,
untuk sampai ke puncak,
lalu mendakap setiap inci lembaran rasa kau pada semesta,
galaksi yang enormous,
dengan bermacam-macam spesies haiwan sosial.
yang mungkin bisa jadi satu nama yang kau petik,
tikamana aku tidak wujud. saat ini. (mungkin)
tapi aku tahu, kau undi aku kan? *senyum*
aku sayang kau untuk siapa kau. sebab apa itu di dalam sana.
kau, aku pilih, dari sejuta saturnus, sebab kau sangat ajaib.
2 ulasan:
salam..
karya mu,
dalam raga,
penuh kejujuran..
*teruskan.. ;)
wassalam..
terimakasih. :)
Catat Ulasan