Khamis, 31 Mac 2016

Kecelaruan yang temporer

Dunia bukan lagi tempat gembira,
Bilamana kau tidak pasti lagi perkaitan yang kuat antara kenyataan; juga harapan.

Harapan ini seolah tali gantung,
Kalau mujur jadi; maka selamat,
Silap tingkah? pasti terjerat.
Penyudahnya; hati mati

Tapi kenyataan?
Sedar-sedar kau ditengah kerumunan,
Yang mana gaduh ramaian tetap masih dan sedang bikin kesemarakan momen-momen sunyi,
Lalu dalam diam kau cari sesuatu untuk kau tujukan barang selagu dan alunkan melodi untuk puisi-puisi yang sudah lama terbiar melapuk dalam tampuk fikiran.

Namun perjalanan ke situ yang menjadi tanda tanya,
Apa penantian itu cuma berkesudahan sebagai cuma mimpi yang terbit kala termenung, atau cuma kecelaruan yang temporer.

Tiada ulasan: