Ahad, 23 Ogos 2015

Dulu

Kalau dah selang waktu antara bait-bait yang terterjemah atas sekeping nota elektronik pun mencecah sejuta tahun,
Mana mungkin ketajaman penselnya sehalus yang diidam-idam mungkin.

Bakat itu sebenarnya perlu diasah,
Biar halus,
Biar mulus,
Biar tertitip waima satu aksaranya sahaja sudah bisa bikin sebuah kerajaan gah rebah terguling.

Dan perasaan itu juga adalah sejenis bakat,
Tapi kalau bakatnya sudah 'gak ada,
Mana mungkin satu rangkap berperenggan yang sedang atau bakal ditulis,
Bisa menggetar rasa seorang yang kau tujukan bait-bait katanya tadi.

Kosong.
Tanpa perasaan.
Macam aku, waktu aku pentingkan keperluanku lebih dari kemahuanmu.
Dulu.