Sabtu, 20 Julai 2013

senyum

aku khayalkan,
kamu statik di situ tersenyum,
dengan sepasang bibir mulus yang nipis.

ke aku,
barangkali.

manis.
dan.

di ketikanya itu juga, sesungguhnya.

aku harapkan,
senyummu itu dinyawai,
ruh dan semangat sekalian dewi-dewi asmara.

yang cantik dan indah.
yang senang dan keren.

juwitaku,
khabarkan padaku.

apa?
apa benar ya hemahku ini?

atau?
atau ini semua semata janji manis yang ditabur menteri harapan dari kerajaan dewa-dewa mimpi?