Isnin, 15 April 2013

Fokus perlu telus.

kita tak selalunya pasti menjadi nakhoda untuk setiap pelayaran hidup kita,
kadang-kadang kita perlu bergantung pada yang lainnya juga.

barangkali,
keadaan, cuaca, musim, arah angin, atau kitaran gelombangnya.
pendek kata, sekeliling boleh jadi pembolehubah yang secara sendirinya kadang-kadang termanipulasi sendiri.

tapi apa yang kita boleh buat adalah,
cuba, dan cuba, dan teruslah mencuba untuk malarkan motivasi, fokus dan intensi kita.

untuk terus kekal tegak berdiri bersemangat melayar bahtera.

tak kira cuacanya,
tak kira apa musimnya,
tak kira kuat mana tiupan anginnya.
tak kira deras mana gelombangnya,

maka sesungguhnya Boja,
fokus kau perlu telus, putarkan kemudimu dengan yakin yang tak memerlukan pemangkin.

langsung. sebab kau berdiri atas tapakmu sendiri sekarang.

2 ulasan:

AdinataGus berkata...

semua bahasa sains masa zaman penggunaan bahasa kebangsaan.power!

art, berkata...

yup.cuba dan terus mencuba. i noe u can do it. ;)