Isnin, 4 Februari 2013

tali gitar

tali gitar tadi terputus,
tapi lirik lagu seolah menjalar-jalar di minda,
melodi yang difikir-fikir ingin dinyanyi tadi terhenti separuh jalan.

tak mengapa, tunggulah nanti aku gantikan talinya,
atau aku campak sahaja gitarnya ke tepi.

biar tersadai.

1 ulasan:

AdinataGus berkata...

Tali putus.Lagu akan rindu irama dan melodinya.