Isnin, 2 Julai 2012

Andaikata

Katakan, terlahirnya kamu itu bukan sebagai manusia.

Contohnya, sebagai jiwa,
izinkanlah aku menjadi jasad-perumah untuknya.

Katakan lagi, andaikata kamu itu sebenarnya si merah darah,
izinkanlah aku menjadi jantung pendegup untuknya.

Atau kita katakan, wujudnya kamu sebagai udara,
izinkanlah aku menjadi paru-paru yang bernafas bersama-samanya. -udara.

Tapi andaikata kau tak selesa akan sudut-pandang-ku-ke-kamu itu ibarat permaisuri raja, kerana ya, pandanganku ke kamu itu begitu sebenarnya, sekurang-kurangnya, izinkan aku untuk berangankan kamu di setiap imaginasiku.

juga subjek untuk mimpi malam-malamku.
masih. sama kamu.

Tiada ulasan: