Rabu, 18 April 2012

halal di united kingdom 4

Dari tingkat teratas sebuah bangunan. Malam berbulan. Malam yang juga berbintang. Boja duduk keseorangan. Seperti seorang penceramah, Boja bersyarah. Berhadirinkan hidupan malam yang sayup bersahutan.

"Hati punya paksi. Sama macam kompas. Dan kompas ini paksinya cuma ada satu, ke utara. Hati juga sama. Paksinya harus ada satu."

Boja pandang langit. Pandang bulan.

"Dalam hati itu pula ada perasaan. Ada bermacam. Sekarang bicaranya kita pada tiga jenis, iaitu rindu, sayang, juga cinta. Ketiganya harus bergerak selari dan memecut dengan hadlaju sekata", Boja bersuara lagi.

Boja pandang langit. Pandang bulan.

"Cuma terkadangnya masing-masing rasa rindu, rasa sayang juga rasa cinta ini tadi saling berlumba. Bergantung kepada keadaan. Tapi, kalau rasa rindu aku jauh melebih paras. Apa aku boleh dihukum?", lagi sekali Boja bersuara.

Boja pandang langit. Pandang bulan. Lagi sekali.

Dan untuk kesekian kalinya, seperti malam-malam sebelumnya, Boja utarakan soalan yang sama. Pada bulan.

"Bulan, apa kau tak pernah bosan melayan royanku begini setiap malam?".

Bulan masih seperti biasa, tak berkelip. Tegar kaku dengan kemilau pantulan cahaya dari matahari. Menerang malam bersama jutaan bintang memagari.

"Tak sama sekali", seseorang menjawap.

Pandang Boja dari arah langit kini tertoleh ke kanan. Seseorang itu tersenyum. Tangannya disilang ke dada.

11 ulasan:

Tun Boja Bistara berkata...

:) *hugs*

mia berkata...

boja ! nak tau mia nampak bulan di siang hari :)

Tun Boja Bistara berkata...

tipu lah. isk.

mia berkata...

betul. mia nampak dalam tibi. :D

Tun Boja Bistara berkata...

mana ada bulan siang2. tipu sgt ni.

Camy Alya berkata...

adakah kau sunyi? ^^

Tun Boja Bistara berkata...

eh? tak lah. aku ada bulan. :)

mia berkata...

boja ! tgk ni,
http://www.falak-online.net/portalfalak/bulan-purnama-bulan-perigee-super-bulan .
bulan akan jadi perigee pada 6 mei ni. tapi dalam pukul 11.34 pagi. tatau nampak ke tak nanti. mungkin malam sebelumnya dah boleh nampak. *harap-harap boleh. erm !

Tun Boja Bistara berkata...

hahahahhaa. siap google lagi pasal perigee. hahahaha. :P

mia berkata...

tak google pun. ada kawan post pasal ni kat fesbuk. pastu teringat kat boja yang obses yang amat pada makhluk bulan ni . sila jangan perasan ye :P

Tun Boja Bistara berkata...

hahahaha. mana tau. :)