Khamis, 26 April 2012

Bintang jatuh

"Kita perlu lari dari peta dunia. Kita tinggalkan bumi sekarang juga", kataku.

Termengah. Tangannya digenggam.

"Sabar, jangan gelojoh, mahu kemana?", dia bertanya.

"Kau ikut aku, bintang dari langit sudah jatuh".

Langkah melaju, sayap didepa, tebar sayap menutup separuh permukaan bukit.

"Ke mana saja, janji berdua", balasku.

Sayap dikibas.

"Kita sembunyi di bulan, di sana ada Pendeta Boja".

Dia juga mula termengah.

Tiada ulasan: