seperti Foo Fighter tanpa Dave Grohl,
atau seperti Nirvana tanpa Kurt Cobain,
atau seperti The Kooks tanpa Luke Pritchard,
atau seperti Oasis tanpa Noel Gallagher.
atau seperti Amerika tanpa Washington,
atau seperti Perancis tanpa Paris,
atau seperti Itali tanpa Rom,
atau seperti England tanpa London,
atau seperti malam tanpa gelap,
atau seperti siang tanpa terang,
atau seperti tengkujuh tanpa hujan,
atau seperti kemarau tanpa terik,
atau seperti syaitan tanpa godaan,
atau seperti manusia tanpa nafsu.
seperti itulah aku tanpa kau.
peliknya, kau, aku rindu dari dulu lagi, dari sebelum kau hadir lagi dalam susurmasa hidup aku untuk jadikan aku seorang gila yang kuat berimaginasi seperti sekarang.
masih imaginasikah? atau aku memang sedia ada gila?
sebab merindukan sesuatu yang tidak wujud.
atau wujudkah? Jawaplah. Tolong.
6 ulasan:
kalau ianya wujud, maka haruslah di cari, di gali dan kejar hingga kau genggam dgn seeratnya. kalau ianya tak wujud, maka kau harus melupakan, menghapuskan dan meninggalkan agar kau tak terlarut jauh dalam imaginasi itu.
:) akan dicuba.
kambate! kambate!
aummmmmmmmmmmmmmmm!
sudah bertukar jd harimau pulak.. heee, oho neway sdh lama tak sggh cni.... perlu kejar n cari masa utk mbaca semua isi kndungn yg dtulis tun..
sila sila, silakan baca. :)
Catat Ulasan