Sabtu, 18 Februari 2012

hadir dengan tujuh

terserlahnya pelangi,
dengan tujuh jaluran,

terlahirnya selepas,
redanya hujan,

terhadirnya indah,
mewarna seluruh alam,

terbentuknya cantik,
dibalik awan.

usah dirisaukan,
sedih yang menyelubung,
hatimu, benakmu, jiwamu, rasamu.

usah dirisaukan,
celaka yang membingung,
hari-harimu, masa sukamu, masa indahmu, masa tawamu.

kerna Dia,
ada,
kerna Dia,
punya acara yang pasti lebih sempurna.

*bunyi guruh*
meribut cuaca berdentum guruh,
terpancar kilat di langit gelap,
andai melolong jiwa yang luluh,
usah diracau-tangis dalam lelap.

5 ulasan:

tiangyangberkata berkata...

guruh meletup..
hati ku meletup..

haha.. :P

Tun Boja Bistara berkata...

argh kau.

anwaric berkata...

Jikalau kau punya rencana yang lebih sempurna,
Namun aku redha.

Along berkata...

Along tunggu Ermo lagukan yang ini!

Tun Boja Bistara berkata...

anwar: :)
along: akan janji nanti nyanyikan dengan sedap! hehehe