Khamis, 9 Februari 2012

berbual mungkin?

Kadang-kadang aku terfikir. Setiap yang berlaku pada aku, diri aku, diri dia, diri mereka, semuanya ada saling kait yang kadang-kadang kita nampak, waima secara zahir atau tidak. Dan sudah menjadi naluri aku sebagai seorang aku, saling kait itu aku akan fikirkan apa hikmahnya semua benda itu terjadi. Walaupun selalunya akan berakhir dengan jalan buntu. jalan mati. Tak nampak satu hapa pun. Aku tetap fikir. Akhirnya pening tak bersudah.

Tapi pernah atau tidak terlintas sedikit sebenarnya setiap yang ditunjuk dan dipampangkan di depan setiap pancaindera kita ada sesuatu yang dijanjikan oleh Dia. Ya, sesuatu. Tak sekarang, nanti. Tak begini, begitu. Tak di sini, di situ. Pasti ada caranya sendiri Dia mahu manipulasikan. Dia dengan cara Dia, keunikan Dia, ke-Maha-an Dia, kebesaran Dia. Kenapa? sebab itu kerja Dia. Kita cuma melaksana. Dan yang pasti bukan secara kebetulan. Metodologi pelaksanaan kita juga Dia yang rangka. Setiap plot itu sebenarnya sudah tertulis. Termaktub.

Itu baru cara Dia merancang. Belum lagi cara Dia laksanakan setiap yang sudah Dia tulis. Bapak aku pernah cakap dan aku simpan sampai hari ini, "Tuhan kalau nak tunjuk sekarang, sekarang jugak Dia taram, itu lah kuasa 'Kun faya kun'". 'Kun faya kun' ini kalau tak silap bermaksud, 'jadilah, maka jadilah'. Betapa besarnya kuasa Dia, kan? Itulah sebabnya Dia Yang Paling Maha.

Aku tak berperasaan mahu berpuisi atau berimaginasi sekarang ini. Mungkin sebab aku kurang gila lagi. Sampai tahap gilanya, adalah entri-entri pelik yang kalian akan boleh cakap begini. "Apa benda mamat ni? Gila ke?". Kawan, elok-elok sikit. Gua dah memang gila, lu nak buat macamana. Jawap aku kepada anonymous terbabit.

Dan yang penting sekarang. Aku masih percaya, apa yang terjadi, dan sedang jadi, dan yang bakal jadi punya sesuatu yang Dia sedang rancangkan untuk aku sebagai hamba-Nya.

Tuhan Maha Esa. ALLAHU AKBAR!

14 ulasan:

Cupcake berkata...

apa khabar sahabatku ermo.

Tun Boja Bistara berkata...

semuanya okay!

Tanpa Nama berkata...

dan Dia-lah yg lebih mengetahui akan sesuatu hal yg baik dan tidak buat kita. kita tak tahu apa yang Dia rancangkan utk kita sdg kita merancang sesuatu utk diri kita sendiri. tapi atas kehendaknya apa yang kita rancangkn sendiri itu mugkin bisa terjadi mungkin jua tidak, sebab sememangnya hanyalah Dia yang berkehendakkan jika sesuatu itu terjadi.semoga apa yang di impi-impikan Boja akan menjadi nyata satu hari nanti, InsyaAllah. (:

Tun Boja Bistara berkata...

InsyaALLAH. :)

Tanpa Nama berkata...

tp xfhm knpe tjuk berbual mungkin?

Tun Boja Bistara berkata...

abaikan yang di permukaan. pandang saja yang dalam. :)

Tanpa Nama berkata...

heheheh,kn. itu yg afdal.

Tun Boja Bistara berkata...

good! generasi Y sememangnya generasi yang bijak. :)

Tun Boja Bistara berkata...

haha. :)

Tanpa Nama berkata...

ada-ada saja boja nie.

Tanpa Nama berkata...

haha...aku pon nak jugak jadi anonymous...haha...

dia mmg gila..sbb tu dy kata bebual mungkin...

haha...now aku pon turut gila..hehe..

-tiangyangberkata-

Tun Boja Bistara berkata...

tak, patik sorang saja yang gila rasanya. hahaha! *gelak macam raja yang jahat*

tiangyangberkata berkata...

haha...

dah tempah tempat kat tnjg rambutan??

patik dah..

wahaha.. :D

Tun Boja Bistara berkata...

belom. tjg rambutan tak terima.