Ada diperihalkan tentang sebuah al-kisah pengembaraan Tun Boja Bistara dan bunga hatinya, Seri Dahayu Dayita. Mengembara keduanya mereka merata hingga sampai ke negeri cina.
Dan ada diperihalkan pengembaraan mereka itu memakan masa puluhan ribu tahun lamanya. Dan di sepanjang perjalanan kembara itu mereka dikaruniakan dengan beberapa ratus waris dan keturunan.
Menurut firasat ahli kaji waris dan salasilah Kesultanan Kerajaan Pelangi, kesemua waris dan keturunan keduanya elok rupa paras dan cantik budi pekerti. Cumalah kurang pada satu perkara iaitu sifat sabar kerna adanya setiapnya itu pasti punya cacat dan celanya.
Maka tersebutlah sebuah kisah mengenai keturunan ke lapan belas yang bernama Awahita Dewi Waiduri.
Menurut sejarah Kesultanan Kerajaan Pelangi, ibu serta bapanya Awahita Dewi Waiduri ini bernama Seri Purwakanti juga Merong Surbasinaga. Mereka hidup berpindah-randah sepertinya puak asli yang hidup bergantung pada tanah, yakni bertani dan bercucuk tanam.
Bzzz..bzzz..bzzz
Mikrofon yang dipegang Manaf hilang signal. Ruang belakang pentas mula riuh, bekalan elektrik terputus.
Manaf selaku Stage Manager hari itu mula gundah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan