Jumaat, 27 Januari 2012

Buku skrap jadi saksi segala

Sepasang kekasih sedang bermesra di dek bot. Rambut masing-masing terbang meliuk-lintuk dek tiupan angin. Si jejaka menyeka rambut gadis dan satu kucupan manja hinggap di dahi si juwita. Manis. Boja senyum dan pandang dari tempat duduknya. "Damn, rindu kau do gadis!" bisik Boja sambil goyang-goyang kaki tak tahu nak bikin apa.

Boja selak kocek baju hawaiinya. Mencari kretek yang baru dibelinya tadi. "Kat sarawak murah jer bang, duwinggitlapan, kat sini limeinggit, bapak mahalnye!." betah Boja masa berbual dengan abang kat jeti Lumut tadi. "Tu sarawak, ni Lumut dik, kat pangkor tu satgi kau tengok, entah-entah seplohinggit." balas abang kedai runcit. "Nasib baik abang itu pandai jaga hati aku, kalau tak ada scene WWF kat kedai kau", Boja mengeluh. Corak hidup di sini (semenanjung) lain. Di sarawak lain. Bahasa dan budaya sangat berlainan. Apalagi kos hidup. alah, kat sarawak memanglah semua benda kau dapat free, ikan, beras, kat sini semua kene beli. bodoh fikir singkat.

Kretek 'LA' Boja nyalakan. Kepul-kepul asap berisi nikotin dan tar masuk melalui serombong esofogus. Sedut dan hembus. Filter kretek keluar masuk bibir mungil. Tangan kiri main-main lighter macam gaya Chan Ho Nam, ketua kongsi gelap Causeway Bay dari HungHing Group dalam sekuel "Young and Dangerous". Bezanya mata Boja tak sepet macam Chan Ho Nam. Rambut saja sama, panjang cecah bahu.

Perjalanan ke Pulau Pangkor ambik masa 15minit kata abang kedai runcit tadi. Dan Boja cuma angguk, bak kata Boja, "sejam ke dua puluh jam ke aku tak kesah, janji boleh tengok laut dan rasa angin pantai, itu nikmat paling orgasmik!"

Boja capai pen yang tersangkut di kocek bajunya. hadiah bekas kekasih, gadis yang manis dan bertahi lalat comel. Boja tulis sesuatu dalam buku skrap miliknya. Buku skrap yang menjadi saksi setiap kembara Boja, yang menjadi peneman setiap rentetan peristiwa signifikan dalam susur masa hidup Boja. Tebal dan lusuh. 9 tahun umurnya.

"Benar semua pantai ada pasir, ada laut ada pesisir, bezanya deru angin tak akan pernah sama, waima arah angin itu atau kelajuan batu nautika angin itu" - Tun Boja Bistara.

Buku skrap ditutup. Kretek kembali meneman rambut liuk-lintuk. Asap bermain seks dalam mulut dan menyusur esofogus masuk ke paru-paru jantan.

Pangkor dan angin pantai, pasir dan air laut. Kretek dan asap. Boja dan kekasih imaginasi.

Bot berlabuh.

4 ulasan:

kabous45 berkata...

saya suka entry ini.
my pleasure.

Tun Boja Bistara berkata...

terimakasih naeila anum! :)

tiangyangberkata berkata...

kau memang ketua kongsi gelap dalam bikinan ayat...haha...

Tun Boja Bistara berkata...

ada lagi lah yang lain yang jauh lebih samseng bahasanya. hehehe.