Khamis, 29 Disember 2011

nafas (degup jantung)

kau jamahi aku dengan adrenalin jiwa,
waktu aku perlukan tenaga untuk segala sengketa.

tapi? sebenarnya?
bagaimana kau bisa fahami setiap apa yang aku mahu,
bagaimana kau bisa penuhi setiap apa yang aku perlu.

bunyian yang nian indah; tepat ke sanubari.
puisi yang bagai rendra versi gadis; terus tepat ke hati.
syair dan gurindam yang mengalun bak damai segar di pagi hari.

apalagi bila kau kucupku di dahi, sepertinya embun lembut menyentuh halus di pipi; yang kalau degup-degupnya sampai ke seluruh pelosok jantung. yang kalau hemoglobinnya tersalur kencang ke seluruh pembuluh darah asmara.

adakah kau sebenarnya ahli nujum yang penuh dengan helah magis?
menyihir aku dengan layanan penuh jiwa?

atau kau pari-pari dari angkasa tersedia indah?
meneman, memeluk, merindu, menyayang dan mencinta?

8 ulasan:

Jiwa Perempuan Gila berkata...

aku suka dengan segala kata-kata yang kau muntahkan . seperti aku meminati zahiril adzim dan fynn jamal . kau memang gila .

jemput singgah blog aku ^^,

Tun Boja Bistara berkata...

kau buat aku segan dan merah muka. dan aku masih bukan macam mereka dik. :)

dah singgah. :)

Jiwa Perempuan Gila berkata...

kau memang bukan macam mereka .
kerana kau punya idea yang luar biasa . :)

Tun Boja Bistara berkata...

hehe. terimakasih, terimakasih! tapi jgn lupa, aku gila tau. :)

Jiwa Perempuan Gila berkata...

ya ya . kau memang gila ^^,

Tun Boja Bistara berkata...

:)

Aween Md Zahir berkata...

indah :)
aku khayal bila baca !
kau letak dadah ke ?
kekeke :P

Tun Boja Bistara berkata...

haha. jangan katakan dadah. lebih dari itu aku dah letak aween. :)