Isnin, 17 Oktober 2011

kolaj

bila hari lahirnya tiba dan bulan juga telah berada pada paksinya.

separuh laju cahaya aku pecutkan,
agar segenap jiwa dan tubuh aku ini sampai pada altitud paling tinggi atas sana.

lalu aku sambarkan secebis awan,
dan aku anyam membentuk kolaj,

dan aku petik bintang untuk warnakan,
semua,
semua bintang dan aku haloba.

lantas gelap,

baru aku tahu,
kasih sayang rupanya bukan untuk ditamakkan.

dan baru aku tahu,
lampu neon bukan cahaya yang asli.

4 ulasan:

Nadia berkata...

dan nak tahu? nadia jeles ermie punya kreatif berada di tahap ultimate!! dush dush

Tun Boja Bistara berkata...

hahahaha. alah, ramai lagi yang best tau. mosyukiborhan, waafee, theotherpoles.

dan semua nama tu "dot blogspot" tau. try usha. :)

Nadia berkata...

dah lama nadia follow semuanya :D oh, becoming next, kak izni pula. wiwiwiwi! ;)

Tun Boja Bistara berkata...

hahahaha. yearghhhhhhh!