Khamis, 17 Februari 2011

aku yang berada di 1108.291 kilometer jauhnya, tidak berkaca mata dan bernafas atas basis atmosfera ini berbual dalam hati, bahawasanya

normalisa aku yang digelar rakyat marhein di bumi bergolak ini,
tetap dan tepat untuk dibicarakan punya rasa dan perasaan yang berpaksikan paras normal,
dan benar dan betul untuk kau dan kau rencanakan dalam jurnal-jurnal selain dari animal planet, yang aku ada jantung yang sentiasa ada ruang untuk rasa kesunyian,

dalam setiap panggilan dalam mesin suara prabayar,
dalam setiap pesanan ringkas dalam mesin perhubungan mudah alih,
aku akan terbayang dalam kotak unik otak aku dan seringkali akan dan pasti mengendong kembali sisipan wajah mereka masing-masing,

acapkalinya, pasti tergenang. walau sedikit.

serentak sekali gus pada ketika dan saat itu, perasaan rindu membaur hebat,
rasa mahu berada di sisi semakin hangat,
dan keinginan mahu di rangkulan semakin kuat.

benar apa orang dulu-dulu bilang,
bila tiada di sisi kita akan lebih menghargai.

mak atau ibu atau umi,
bapak atau ayah atau abi,

anakmu rindukan wangian kasih sayang kalian,
anakmu perlukan pelukan ketat cinta ibu-ayah kalian.

yang benar,
1108.291 kilometer dari kulit halus kalian yang aku rindukan.

"seorang anak dan abang kepada adik-adik"-tunbojabistara

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya. bila jauh. rindu itu pasti ada. :)

Tun Boja Bistara berkata...

:) okay, aku sayang kau.

cik amar berkata...

kau romantik <3

Tun Boja Bistara berkata...

kau pun romantik. :) <3

I N S P I R A T I O N A L E F E K S berkata...

wow!! benar apa orang dulu-dulu bilang,
bila tiada di sisi kita akan lebih menghargai.

Tun Boja Bistara berkata...

benar sahabat. benar. :)