Ahad, 24 Oktober 2010

nenek bukan kebayan

penghujung bukan pengakhir,
dan pengakhir bukan penamat,

oleh sebab itu,
titik noktah itu bukanlah pengakhir, penghujung, dan penamat hayat,

tapi pasti,
sentiasa ada istilah patah balik, dan coba lagi.

senyum sahabat, sebab pesan "nenekmoyangdulukala", kegagalan itu juga satu pencapaian, dan bukan untuk disesalkan.

nenek: "kejayaan bermula dengan pembuka kata agung. itulah basmallah."

9 ulasan:

Kasut But Ceri Merah berkata...

iya.. senyumlah banyak-banyak :)

saya suke dengan pesan nenek yang ini : "kejayaan bermula dengan pembuka kata agung. itulah basmallah."

kagum :)

Tun Boja Bistara berkata...

senyum kembali untuk tuan puteri carmen. kasih sayang dari ATAS pasti bawa kita ke jaya yang TERATAS juga. :)

Kasut But Ceri Merah berkata...

kagum dengan penulisan tun boja...

Tun Boja Bistara berkata...

terimakasih carmen! :) muahmuah!

Kasut But Ceri Merah berkata...

mahu belajar menulis isi seperti tun boja, bisa?

Tun Boja Bistara berkata...

mahu menulis begini? semua orang bisa buat. paksinya hanya dari hati. tak perlu kursus atau apa saja pun.

Kasut But Ceri Merah berkata...

lenggok bahasa saya cuma biasa-biasa saja. ayat-ayat juga tidak se-sastera seperti kamu. kiranya, minat dalam bidang penulisan ini masih baru. dulunya hanya menulis untuk saja-saja. tapi ini kali seperti ingin menulis melalui jiwa.

macam mana ya?

Tun Boja Bistara berkata...

saya juga tidak tahu bagaimana cik carmen. semuanya datang sendiri. pendek katanya mungkin banyak kan membaca.

Kasut But Ceri Merah berkata...

mana? lamanya tak update? sibuk barangkali. hehehee...