"andaikata kau ingin mulakan jangkahayat baru, kau hanya perlu lupakan apa itu erti masa silam" - tun boja bistara.
sebumbung kita atas dunia, satu,
hakikatnya ia itu sebenarnya sedang bersilang pada dimensi satu lagi,
dimana haiwan sosial itu sebumbung juga bersama binatang berbintang,
dimana kedua-duanya ada jahat ada baik,
sama saja macam kita,
aku hanya seorang lelaki kasar di tengah-tengah arena perang,
mengelamun memandang sekeliling,
sambil bertingkah, "bila agaknya semua ini bakal bersudah?'
manusia itu tidak akan pernah bisa menyatakan apa yang ia mahukan,
benar aku kata,
kenapa?
semuanya terjawap atas satu dasar!
iaitu NAFSU!
kau? kau mahu tahu siapa kami?
siapa itu kami sahaja?
atau kau sebenarnya ingin tahu apa sebenarnya, yang ada DALAM kami..........
rasa ingin tahu seorang manusia itu hakikatya infiniti,
umpama dalam vakum, tiada erti apa itu sebenarnya graviti!
rasa keinginan itu tidak akan punya separuh hidup,
sampai bila-bila.
tapi kau pernah terfikir atau tidak?
apa perasaan ingin tahu kau itu! bisa perlakukan untuk kau?
selesai kau berfikir fasal ini semua,
kemudian kau congak permasalahan ini.
(kau percaya atau tidak tentang jangkahayat seterusnya?)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan