Jumaat, 19 Februari 2010

topeng comel tapi topeng anjing

semua sekeliling tahu,
biar dari permaisuri england sampai penjaga pintu neraka,
semua memang tahulah. semua. segala.

(topeng anjing kau pakai kononnya comel, masih tetap macam anjing!)

kudrat aku mungkin bukan untuk bertarung,
biar gah pun juragan tujuh negara kau,
aku tahu aku benci dalam jantung,
sebab aku tak punya laras letupan comel macam kau,

kau rosak sampai retak,
kau robek sampai lembik,
kau cincai sampai lunyai,
apa kau ingat mereka robot,
untuk kau senang-senang import eksport?

mereka-mereka pasti laku segala,
ambil masa katanya,
dibelakang kitalah,
malah mungkin aku pun,
hatta kau juga. sekeliling.

malam-malam mereka menggigil sorang-sorang,
siang-siang pula kau bercanda dengan bom tangan,
"hingar-permainan kau."
"kucar-kacir-aroma nikmat kau"
"mereka? - mangsa."
"kau? - pemangsa bodoh."

kau tak sedar, *dalam diam*
refleks itu ulang alik dalam kotak fikir,
betul-betul di celahan asap pembunuh,
lantas tersembap satu fluks,

tertulis
*pergi mampus!*

apa kau ingat manifesto jalang kau bisa bikin semua senyum?
yang aku tahu semuanya belasungkawa jijik,

lauk si konglomerat?
dicincang halus-halus untuk jadi juadah?

tepat! aku tembak di dahi jendul kau!

4 ulasan:

Unknown berkata...

sape jendul tu? haahaha

Duncan J. Anderson berkata...

HI ERMIE!!!!

Arziff Fardlullah berkata...

topeng anjing kau pakai kononnya comel, masih tetap macam anjing!

terbaik do

Tun Boja Bistara berkata...

topeng anjing masih tetap anjing kan? :)